MA63 | Sarawak siapkan laporan, polisi autonomi kesihatan

2022-09-21 0

Sarawak sedang mempersiapkan perincian laporan dan polisi autonomi kesihatan yang dituntut daripada Kerajaan Persekutuan berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Timbalan Premiernya, Datuk Seri Profesor Dr Sim Kui Hian berkata antara perkara yang diberi perhatian ialah kapasiti kakitangan kesihatan dan fasiliti institusi kesihatan awam yang mencukupi di Sarawak.